Saitama TV
Saitama TV

Saitama TV

Television Saitama Co., Ltd. (株式会社テレビ埼玉, Kabushiki-gaisha Terebi Saitama) disingkat sebagai TVS, berniaga sebagai Teletama (テレ玉, Teretama) merupakan sebuah syarikat televisyen komersil daratan percuma beribu pejabat di Urawa, Bandaraya Saitama, Prefektur Saitama, Jepun. Teletama merupakan sebuah stesen televisyen daratan persendirian, maka stesennya tidak berada di bawah mana-mana rangkaian-rangkaian negara utama yang bertempat di Tokyo dan Osaka. Stesennya adalah ahli kepada Persatuan Stesen Televisyen Persendirian Jepun (Japanese Association of Independent Television Stations, JAITS) dan berkerjasama menghasilkan, bertukar-tukar program dan menjual peluang pengiklanan dengan ahli-ahli lain.